MAHIR Masak Minggu 15
14 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2025, dua orang ahli NADI Felcra Sungai Ara telah menyertai kelas mingguan bagi program MAHIR Masak bagi Kumpulan 9 yang di laksanakan secara dalam talian di platform Google Meet.
Di dalam kelas MAHIR Masak minggu ke 15 ini, peserta diberikan penerangan dan juga panduan berkaitan dengan Menu Masakan Western. Di dalam kelas kali ini, mereka diberikan penerangan berkaitan dengan masakan Pan Fried Seabass With Lemon Butter Sauce, Chicken Chop With Mushroom Sauce dan juga Beef Steak With Blackpepper Sauce. Guru MAHIR memberikan penerangan dengan melakukan demo masakan bagi ketiga-tiga menu tersebut dari awal hingga akhir. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk membuat menu Western.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: